‘Hadkan Kuasa Zahid Hamidi Tentukan Calon PRU15’ – UMNO Jeli

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Satu mekanisme baharu perlu dilaksanakan oleh UMNO dengan tidak memberi kuasa 100 peratus kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menentukan calon pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Jeli, Datuk Abdul Aziz Derashid berkata, keputusan presiden parti perlu dibuat berdasarkan cadangan peringkat jawatankuasa bahagian dan cawangan yang mengemukakan calon untuk bertanding di kawasan masing-masing.
Jelasnya, pihak berkenaan lebih mengenali individu yang layak dilantik menjadi calon mengikut pilihan akar umbi dan rakyat di kawasan itu.

“Kepimpinan parti peringkat bahagian tidak perlu terlampau gusar isu watikah pencalon (cadangan calon ditolak) hanya kerana bukan pilihan Ahmad Zahid.

“Isu watikah perlu ada mekanisme, buat satu bentuk baharu. Kadang-kadang kita nampak ada ketua bahagian hebat melawan arus dengan Presiden tetapi di kawasan dia tidak ada masalah. Ini isu yang terjadi, bila letak orang lain (bertanding), mungkin kalah di kawasan itu.

“Jadi kena ubah cara supaya pencalonan dibuat oleh bahagian, kemudian barulah presiden boleh keluarkan watikah. Bukan saya hendak kata presiden tidak kenal siapa, tetapi ini yang menyebabkan ada calon payung terjun yang tidak diketahui dari mana datangnya,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, ada dua perbezaan perlu dilihat dalam isu pencalonan iaitu antara kehendak parti atau presiden.
Tegasnya, sudah sampai masa UMNO mengehadkan kuasa presiden kerana tidak semestinya pemilihan calon yang dibuat betul dan mengikut kehendak parti.

“Saya nampak bila dekat PRU, ramai balik kampung, katanya nama sudah mendapat restu untuk menjadi calon dari presiden, jadi ini perlu kita atasi.

“Saya rasa kena hadkan kuasa presiden, jangan kata apabila ada yang melawan presiden, maka namanya tidak dicalonkan.

“Tetapi kalau orang itu melawan parti, memang sepatutnya tidak dicalonkan sebab jika lawan presiden, ia hanya berbentuk peribadi,” ujarnya.

Ahmad Zahid sebelum ini menganggap serangan dan kritikan yang dihadapinya dari dalam parti sendiri didalangi kumpulan mempunyai kepentingan politik peribadi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut menyifatkan ‘serangan politik’ yang sedang diharungi bukan perkara baharu, justeru berpendirian untuk tidak mempedulikannya.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,560FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat