Kerajaan Akan Salur Bantuan Tunai Berjumlah RM10 Bilion – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai kepada rakyat yang keseluruhannya berjumlah RM10 bilion.

Memetik laporan Utusan, Muhyiddin berkata bantuan tersebut merangkumi tiga bantuan iaitu pertama, Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR.

“Semasa pengumuman PEMERKASA Tambahan yang lepas, kerajaan bersetuju memberi bayaran tambahan bagi BPR sehingga RM500 pada Julai dan bayarannya akan dibuat secara berperingkat mulai esok, 29 Jun.

“BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 akan dibayar pada September nanti.

“(pada) September juga akan melibatkan bayaran ke atas kes-kes lulus rayuan BPR. Secara keseluruhannya, nilai BPR sehingga hujung tahun adalah RM4.9 bilion,” katanya dalam Pengumuman Khas PEMULIH hari ini.

Muhyiddin juga mengumumkan pemberian Bantuan Khas Covid-19 atau BKC dengan kadar dan kategori seperti berikut:

  1. Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos, RM500 pada November, dan RM300 pada Disember. Individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos dan RM300 pada November.
  2. Kedua, isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember. Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos.
  3. Ketiga, isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250 manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada Ogos nanti.

“Secara keseluruhan, pemberian khas BKC ini dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengumumkan Bantuan Kehilangan Pendapatan dengan pada Oktober nanti, sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.

“Bantuan ini dijangka memanfaatkan sehingga 1 juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan RM500 ringgit.

“Dengan ketiga-tiga bantuan tunai ini, bagi setiap bulan bermula Jun sehingga Disember tahun ini, golongan yang memerlukan akan mendapat bantuan yang sewajarnya. Saya berharap bantuan tunai ini dapat membantu saudara dan saudari untuk meneruskan kelangsungan hidup pada bulan-bulan mendatang, Insya-Allah,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat