Diskaun Bil Elektrik Selama Tiga Bulan Bermula Julai – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus selama tiga bulan mengikut kadar penggunaan elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam (kWj) telah dipersetujui kerajaan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, diskaun berkenaan bertujuan meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat dan akan berkuatkuasa mulai bulan depan.

“Secara keseluruhan, rakyat akan mendapat diskaun berjumlah RM346 juta,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan lanjutan diskaun 10 peratus bil elektrik untuk sektor ekonomi tertentu yang terjejas seperti taman tema dan pusat konvensyen.

Pusat beli-belah, pejabat syarikat pelancongan tempatan, agensi pengembaraan dan pelancongan akan turut mendapat diskaun tersebut.

“Dilanjutkan tiga bulan lagi diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi bil Oktober hingga Disember 2021.

“Dengan pemberian diskaun elektrik kepada pengguna domestik dan bukan domestik ini, kerajaan akan menanggung kos tambahan sebanyak RM1 bilion,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat