Aidilfitri: JPM santuni warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

BANGI – Salah satu keunikan yang ada setiap kali munculnya Aidilfitri adalah memberi ruang dan peluang kepada kakitangan awam bersama-sama meraikannya begitu juga dengan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sepertimana umat Islam lain, anggota APM juga menjalani ibadah puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga malah menahan diri daripada melakukan sebarang perkara yang boleh mengurangkan serta membatalkan puasa dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari.

Mereka tetap mempamerkan semangat waja dan sentiasa tenang setiap kali menjalankan tugasan walaupun sering terdedah dengan risiko.

APM dalam kenyataannya berkata, mereka telah bertungkus lumus menjalankan tugas Ops Prihatin dan apa jua tugasan menyelamat serta kecemasan semasa bulan Ramadan dan Aidilfitri ini.

Katanya, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Awang Alik Jeman dan Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed turun padang menyantuni warga APM di majlis sambutan Aidilfitri di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata, Aidilfitri yang disambut dalam bulan Syawal merupakan sambutan sinonim bagi umat Islam meraikan kejayaan kepada setiap insan yang telah berjaya melaksanakan ibadah yang dituntut sepanjang bulan Ramadan yang lalu.

Menurutnya, majlis ini diadakan bagi meraikan dan menyantuni pegawai dan anggota APM seluruh Malaysia bersama pengurusan tertinggi APM dan JPM.

Justeru itu, APM telah mengambil inisiatif untuk menganjurkannya dan mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pegawai dan anggota APM di seluruh negara.

“Pada sambutan Aidilfitri kali ini, APM mengunakan segala ruang dan peluang yang ada bagi menyantuni, bertanya khabar dan cakna akan isu-isu yang melibatkan pegawai dan anggota di lapangan.

“Pihaknya turut menyediakan 20 reruai yang menyediakan pelbagai juadah mengikut tema makanan negeri masing-masing.

“Perjumpaan seperti ini mampu memberikan manfaat serta dapat mengukuhkan hubungan silaturrahim pegawai dan anggota lapangan bersama pihak pengurusan tertinggi APM dan JPM.

“Bagi menceriakan suasana, majlis ini turut diserikan lagi dengan pelbagai acara antaranya, penyampaian hadiah reruai raya tergempak, hidangan raya termewah, busana kekanda adinda, cabutan bertuah mega raya dan persembahan istimewa dari ALPHA Band ,” katanya lagi.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), JPM Datuk Abdul Halim Hamzah; Timbalan Ketua Setiausaha ( Pengurusan) JPM, Datuk Abd Shukor Mahmood; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Hj. Abdul Wahab Rahim dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM Dato’ Ismail Mohd Zawawi serta barisan Pengarah APM Negeri dan Komandan Pusat Latihan APM. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat