Meriahkan Aidilfitri dengan rancangan menarik di TV3, TV9

- Advertisement -

SEMPENA menyambut Aidilfitri oleh seluruh umat Islam di Malaysia, Kempen Seikhlas Hati Raya bakal menyajikan rancangan menarik dengan menampilkan barisan pelakon hebat di TV3 dan TV9.

Program Tanyalah Ustaz Raya bakal mengupas topik-topik keagamaan yang menarik untuk tontonan seisi keluarga.

Ikuti Da’i Aiman, Ustaz Jafri Abu Bakar dan Ustaz Nik Kamaruddin Yunoh membincangkan topik ‘Silaturahim Yang Terputus’ pada minggu pertama raya dengan segmen lebih istimewa bersama panel undangan dan artis jemputan.

Program bual bicara popular TV3, Malaysia Hari Ini (MHI) akan bersiaran selama dua jam dari jam 8 hingga 10.30 pagi pada hari raya pertama yang membincangkan pelbagai topik sambutan Aidilfitri serta lintas langsung takbir raya, solat sunat Aidilfitri dan khutbah raya dari Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.

MHI Raya akan diteruskan pada hari keesokannya dengan topik-topik raya menarik membariskan pengacara MHI yang ceria dan bertenaga.

Jangan lupa juga untuk menyaksikan 999 Raya yang bersiaran pada 3 Mei ini, jam 9 malam menampilkan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sepang yang terpaksa bertugas ketika banjir walaupun rumahnya ditenggelami air, seorang anggota bomba di Melaka terkorban ketika menyelamatkan mangsa banjir dan Pasukan Polis Marin yang bertugas ketika Syawal.

Istimewa buat peminat setia sitkom popular Puteri, mini siri Puteri Reunion akan menemui penonton TV3 bermula 3 hingga 6 Mei ini, jam 10.30 pagi selama empat episod memaparkan telatah lucu Puteri dan rakan-rakannya iaitu Kamala, Nadia, Anita dan Roslan.

Tidak lupa juga Wan Senja yang mengisahkan usaha Hajah Rohimah untuk mempertahankan kebahagiaan yang semakin menghakis dalam dua dunianya iaitu sebagai ibu dan guru.

Saksikan lakonan hebat Fauziah Datuk Ahmad Daud, Ali Reza Kavoossi, Nabila Razali, Wan Sharmila, Syazuwan Hassan, Fify Azmi, Datin Fadilah Mansor, Isyariana dan Aniq Suhair bermula 3 hingga 6 Mei pada jam 11.30 pagi selama empat episod.

Saksikan lakonan Datin Paduka Eina Azman, Aiman Badrul, Idris, Nur Dania Miazara, Ali Aiman, Haziq Cilik, Nina Fazurina, Ezad Lazim, Syed Ali dan Natasha Elyzza dalam Misi Anak Bulan yang mengisahkan Aiman yang mengikut ibunya, Wani, seorang jururawat yang dinaikkan pangkat dan diarahkan berpindah ke klinik kesihatan di kampung.

Kemeriahan Aidilfitri diserikan lagi dengan susunan telefilem menarik yang menampilkan artis-artis popular tanah air di TV3 seperti Sempurna Mencintaimu (Redza Rosli, Intan Najuwa), Sakanak (Farid Kamil, Tiz Zaqyah), Ayahanda – Ibrah Ramadan (Jalil Hamid, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Noorkhiriah, Shahz Jaszle, Hairi Safwan, Rita Nadira, Tasha Shilla), Artis Pujaanku Mai Raya (Fikry Ibrahim, Emma Maembong, Sheila Mambo, Hairi Safwan, Faezah Elai, Hattan), Hantu Karaoke (Hazama, Nabila Razali), Misteri Pakcik Lumpur (Kazar, Zul Huzaimy), Misteri Lain Macam (Sissy Imann, Nadzmi Adhwa, Didie Alias, Azhan Rani), Villa Untuk Bella (Keith Foo, Yuna Rahim, Farhan Asri), dan Bini – Bini Lockdown (Afdlin Shauki, Nasha Aziz, Datin Paduka Eina Azman, Sangeeta).

TV9 pula akan menyiarkan Jangan Malu Menangis (Datuk Rosyam Nor, Fauziah Latiff, Ozlynn Waty Ismail, Aprena Manrose, Harissa Adlynn), Cikgu Nerd (Zoey Rahman, Puteri Sarah Liyana) dan Hari-Hari, Hari Raya (Muntazar Ghufran, Zila Bakarin, Zalif Sidek, Lan Siro).

Bukan itu sahaja, TV3 juga akan menyiarkan siri filem Men In Black pada minggu pertama Syawal, iaitu Men In Black, Men In Black 2, Men In Black 3 dan Men In Black International.

Jangan ketinggalan untuk terus menyaksikan siri baharu di slot drama popular TV3 dan TV9 iaitu Samarinda: Kerana Aku Isteri Bidaan (Hisyam Hamid & Scha Elinnea), Akasia: Bisik Bisik Gelora (Redza Rosli dan Raysha Rizrose), Lestary: Melur Untuk Firdaus (Meerqeen, Anna Jobling), Diandra: Ada Apa Dengan Saka (Syazwan Zulkifly & Shiha Zikir) dan Air Mata Allisya (Keith Foo & Sophia AlBarakbah).

Dengarkan celoteh comel kembar seiras Mina dan Mila mengenai perlunya kerja keras dan usaha untuk menyambut kemeriahan beraya di siri animasi istimewa TV9, Mina Mila: Kata Raya pada hari raya pertama, jam 6 petang.

Saksikan juga Peningnya Raya OhBulan!, program berkonsepkan sitkom dan bual bicara menampilkan hos-hos OBTV bersama artis undangan Yassin Senario dan Aya Amiruddin.

Layari laman web rasmi kempen Seikhlas Hati dan muat turun serta kongsi di sosial media koleksi e-Kad Seikhlas Hati yang menampilkan 16 selebriti popular.

Ikuti juga artikel-artikel menarik termasuk tips, resipi makanan serta restoran yang menyediakan bufet menarik sepanjang Ramadan, senarai program menarik Ramadan dan raya di TV3, TV9, ucapan serta kata-kata mutiara daripada selebriti popular dan juga paparan menarik di sebalik penggambaran video bagi kempen berkenaan di laman web, Seikhlas Hati.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3 & TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia @TV9Malaysia.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat