4.7 Juta Kenderaan Dijangka Berada Di Jalan Raya Sepanjang Perayaan Aidilfitri – Polis

- Advertisement -

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan sehingga 4.7 juta kenderaan akan berada di jalan raya di seluruh negara di sepanjang perayaan Aidilfitri ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, kenderaan-kenderaan itu dijangka akan mula bergerak secara berperingkat bermula Jumaat.

Katanya, polis bersiap sedia bagi melakukan pemantauan dan penugasan untuk membantu melancarkan perjalanan orang ramai pulang berhari raya.

“Kami menjangkakan antara dua hingga 4.7 juta kenderaan yang akan mula menggunakan jalan raya dan lebuh raya secara bertali arus

“Kami menasihatkan pengguna supaya berhati-hati semasa memandu di jalan raya agar dapat pulang meraikan Aidilfitri bersama keluarga di kampung halaman,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas daripada Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat kepada Datuk Muhamad Zaki Harun yang memangku Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, pada Khamis.

Sebelum itu, turut diadakan Majlis Penyerahan Buku Memoir Shafien Mamat daripada Shafien kepada ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua polis daerah.

Shafien, 60, yang bertugas sebagai Pegawai Kanan Polis selama 38 tahun bersara bermula 30 April ini.

Mat Kasim turut meminta pengguna jalan raya agar lebih bertolak ansur ketika memandu pulang ke kampung bagi mengelakkan kemalangan atau maut.

“Polis akan sentiasa bertugas untuk memastikan kelancaran trafik dan memberi kemudahan kepada masyarakat semasa pulang berhari raya,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat