UMNO Untuk Rakyat, Ikrar Tidak Akan Bertukar Tuan- Zahid

KUALA LUMPUR -“UMNO tidak akan menukar tuan, tuan UMNO adalah ahli-ahli UMNO dan rakyat”, ” tegas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau selaku Presiden UMNO, memilih jalan sukar dan tidak tunduk dengan sebarang ugutan dan pertuduhan.

“UMNO secara tradisinya adalah tempat rakyat mengadu.

“UMNO is for the rakyat to seek solace. Inilah DNA UMNO.

“UMNO ini sebuah parti keramat, malangnya ia dijatuhkan melalui fitnah. Akhirnya kerajaan yang dibina oleh pemfitnah itu terjatuh juga dengan sendirinya,” kata Zahid dalam ucapan dasar Presiden UMNO di PWTC, hari ini.

Beliau memberitahu, maruah UMNO cuba dibeli malah parti ini ditekan untuk dibubarkan.

“Tetapi saya menolak semua tawaran yang diberikan. Sesungguhnya, saya tidak keseorangan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli peringkat akar umbi, rakan-rakan di bahagian-bahagian, negeri-negeri dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) kerana bersama-sama saya untuk terus mempertahankan UMNO.

” UMNO tetap tegas dengan pendiriannya. Kita tidak akan terpengaruh dengan pujuk rayu kluster “apit lempang cencang galang” untuk merubah keputusan kita,” ujar beliau.

Mengimbas peristiwa politik tahun lalu, Zahid berkata, keputusan Mesyuarat Khas MKT pada 12 Mac 2020.

” Saya ingin menjelaskan bahawa kita bersetuju untuk Ahli-ahli Parlimen UMNO, memberikan sokongan secara “en bloc” kepada pembentukan kerajaan baharu selepas keruntuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Selepas itu, sewajarnya-lah setiap keputusan yang hendak dibuat perlu dirujuk kepada parti, bukan dilakukan secara individu,” katanya.

Zahid turut mengulas isu kerjasama dengan Bersatu.

” Perlu saya tegaskan keputusan MKT daripada awal pembentukan kerajaan dalam Perikatan Nasional (PN) ada tempoh jeda waktunya. Ini adalah keputusan besar parti. Kita tidak boleh berganjak.

” Walau ada orang mengatakan saya menggunakan kuasa veto, itu hanya satu tuduhan melulu. Perlembagaan UMNO tidak ada peruntukan untuk kuasa veto. Semua keputusan yang dibuat adalah secara jamai’e (collective). Ini adalah keputusan Majlis Kerja Tertinggi. Apa yang telah diputuskan adalah muktamad,” beritahu Zahid.

Sebenarnya kata beliau, tuntutan UMNO sebaik sahaja runtuhnya kerajaan PH, kita mahu PRU diadakan, untuk mengembalikan mandat kepada rakyat. Bagaimanapun kesan penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia menghalang ia dilakukan.

Sehubungan dengan itu, kata Zahid kita bersetuju jawatan Perdana Menteri diberikan kepada seorang pemimpin parti yang bilangan ahli Parlimennya paling kecil, dengan syarat, Parlimen hendaklah dibubarkan pada Januari 2021 dan PRU hendaklah diadakan selewat-lewatnya pada suku pertama tahun 2021, atau pada bulan Mac.

” Agak menghairankan, PRU yang sepatutnya diadakan sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat, berubah kepada proklamasi darurat. Proklamasi darurat dibuat atas alasan untuk memerangi Covid-19, sedangkan kita semua tahu hasrat sebenar. Tidak perlu sembunyikan udang di sebalik batu.

” Ahli-ahli UMNO dan rakyat menjunjung kasih ke Bawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu atas titah menolak cadangan proklamasi darurat yang pertama. Keprihatinan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang sentiasa mencemar duli bermusyawarah untuk menentukan tindakan terbaik bagi masa depan rakyat dan negara amat kita sanjung.

” UMNO turut menjunjung taat setia kepada titah proklamasi darurat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Dan, kita juga menjunjung kasih atas titah perkenan Tuanku untuk Parlimen bersidang.

” Namun, ada yang lebih sudu dari kuah. Mereka memberi pelbagai alasan supaya persidangan Parlimen tidak diadakan.

“Sedangkan Parlimen itu teras demokrasi negara. Rakyat amat berharap dengan adanya vaksinasi yang sedang dilaksanakan, Parlimen harus bersidang dan PRU-15 jangan ditangguhkan,” katanya.

//

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Dua Pelajar MyPAC Antara 10 Calon Teratas Peperiksaan ACCA

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) berjaya menempatkan diri dalam kalangan 10 teratas pada peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)...

Dua Mukim Di Mersing Dikenakan PKP Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Mukim Endau dan Mukim Triang di Mersing, Johor bermula esok hingga 3 Mei. Menteri Kanan...

Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

KUALA LUMPUR - Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor,...