UMNO Pujuk PAS Kembali Kepada Muafakat Nasional, Lebih Untung

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajak PAS untuk kembalik ke pangkal jalan dan berpijak di tapak yang sama kerana ia lebih menguntungkan kedua-dua parti.

Kata Zahid dalam ucapan dasarnya hari ini, Piagam Muafakat Nasional (PN) yang termeterai belum sampai ke penghujungnya.

Namun katanya, belum terlambat untuk kita kembali ke pangkal jalan.

” Kaki kita mesti berpijak di tapak yang sama. Tapak yang berbeza tidak menjanjikan sebarang keberuntungan. Apatah lagi, pertambahan kerusi.

” Kita yakin permuafakatan ini mendapat sokongan padu dalam kancah politik negara dan membuka ruang kepada UMNO dan BN kembali menerajui negara.

” UMNO sebagai rakan kongsi politik akan terus jujur untuk menterjemahkan piagam dan perjanjian persefahaman berkenaan kerana ianya merupakan doa dan harapan ummah keseluruhannya. Yakinlah Muafakat Nasional yang teguh mampu menjelmakan kekuatan politik untuk kita semua.

“Sesungguhnya Muafakat Nasional (MN) inilah merupakan langkah dinamik ke arah reset politik di negara ini,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menjelaskan jalinan politik antara UMNO dan PAS, berpaksikan kepada roh penyatuan ummah.

” Ia telah kita jelmakan dengan iringan deraian air mata ahli-ahli kedua-dua parti bersama doa, harapan dan restu rakyat. Bayangkan enam dekad lamanya kita bersengketa, akhirnya kita dapat bertentang mata. Sehingga mewujudkan piagam dan perjanjian persefahaman yang kita tandatangani pada 14 September 2019.

“Jangan kita lupa, dengan permuafakatan ini, kita telah memenangi tujuh pilihan raya kecil.

” Namun, setelah menyertai sebahagian daripada kerajaan, tiba-tiba pendirian politik telah mula berubah. Ingin saya tegaskan kita hanya menyokong pembentukan sebuah kerajaan yang kemudiannya dinamakan Kerajaan PN.

“Tidak disangka, ada pihak membentuk gabungan parti politik yang juga dinamakan PN tanpa penyertaan UMNO,” bidas Zahid.

Dalam pada itu, Zahid turut mendedahkan bahawa UMNO telah mempersetujui dalam mesyuarat MN untuk tidak tergesa-gesa menyertai mana-mana gabungan parti-parti politik.

” UMNO tetap tegas dengan pendirian ini. Kedua-dua kaki UMNO tetap berpijak di bumi yang sama.

” Sikap politik UMNO tidak akan seperti lalang ditiup angin,” katanya sinis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat