Tiada Jalan Tengah UMNO- Bersatu, PAS Harus Mengerti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS sepatutnya sudah mngerti bahawa tiada jalan tengah yang dapat dicapai untuk UMNO bergerak bersama Bersatu.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya percaya PAS sendiri menanti-nanti pendirian terkini UMNO terhadap Bersatu dan berharap keadaan dapat diselamatkan.

Dengan penjelasan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini serta kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, Asyraf berkata, ia memberi isyarat jelas mengenai hubungan kedua-dua parti.

“Walaupun mereka (PAS) berharap pada peringkat awal untuk Umno dan Bersatu ini diselamatkan hubungannya, tetapi saya kira – sebagaimana kenyataan Muhyiddin yang berkata (Bersatu) akan bertanding di semua kerusi UMNO- itu jelas memberikan isyarat bahwa memang Umno dan Bersatu tak boleh bersama,” katanya ketika ditemui media di PWTC, hari ini.

Sementara itu Asyraf berkata kerjasama di antara Umno dan PAS bersetuju bahawa penyertaan mereka dalam kerajaan yang ditubuhkan selepas Langkah Sheraton pada tahun lalu bersifat sementara.

“Ia hanya sekadar untuk kita menstabilkan keadaan apabila PH runtuh.

“Dan akhirnya kita mahu menyerahkan kembali mandat (memilih kerajaan) itu kepada rakyat. Itu jelas,” katanya.

Pada masa sama Asyraf berkata UMNO tidak boleh memaksa PAS dan parti itu ada hak untuk berbincang dengan sesiapa yang dirasakannya perlu.

“Itu hal dalaman PAS, cuma di peringkat UMNO kami juga ada hak untuk menyatakan pendirian dan pandangan kami,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat