Hisham Kecewa SPR Tangguh Pelaksanaan Undi18

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien kecewa dengan langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Untuk menangguhkan pelaksanaan undi18.

Katanya, SPR perlu mempunyai perancangan yang jelas dan bukannya menggunakan alasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tidak munasabah.

“Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memaklumkan pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran automatik hanya akan dibuat selepas 1 September 2022 adalah mengecewakan.

” SPR sendiri, pada 7 Jun tahun lalu menyatakan, persiapan bagi pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran automatik akan diselesaikan selewat-lewatnya Julai 2021. Kenyataan ini dikeluarkan selepas negara mula dilanda krisis #COVID19.

” Justeru, SPR sepatutnya sudah ada perancangan jelas untuk pastikan sasaran Julai 2021 dapat dicapai. Penangguhan melebihi satu tahun dengan alasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak munasabah. PKP bukan baru dilaksanakan tahun ini,” ujarnya melalui catatan Facebooknya.

Beliau yang juga Menteri Luar mengingatkan SPR bahawa pindaan Perlembagaan untuk melaksanakan Undi 18 dan pendaftaran automatik telah mendapat sokongan sebulat suara kesemua Ahli Dewan Rakyat pada Julai 2019 termasuklah dirinya sendiri sebagai Ahli Parliman Pembangkang pada masa itu. Jelasnya lagi, Ini bermakna, dari sudut persetujuan parti-parti politik, sudah tidak ada masalah.

“Saya pernah sebut sejurus ia diluluskan bahawa melaksanakan Undi 18 dan pendaftaran automatik adalah tepat dan perlu kerana 3 sebab – ia dipersetujui sebulat suara secara konsensus; ia mengupayakan belia; dan ia amanah serta tanggungjawab belia.

“Justeru, saya meletakkan harapan tinggi agar semua pihak dapat berganding bahu dan bersungguh-sungguh dalam menjayakannya demi kebaikan dan masa depan negara,

“Saya juga akan sampaikan kepada kepimpinan agar Kerajaan dapat ambil tindakan yang sewajarnya agar perkara ini dapat dijayakan seperti yang dirancangkan,” katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat