35 pelajar Geomatik PUO terokai ilmu falak, cerapan anak bulan di Baitul Hilal Segari

Oleh Zihan Zari

​LUMUT – Seramai 35 orang pelajar Diploma Geomatik (DGU) dari Politeknik Ungku Omar (PUO) telah menjayakan aktiviti praktikal cerapan anak bulan bagi menentukan permulaan puasa tahun 1447H/2026M di Baitul Hilal Segari, Pantai Pasir Panjang, dekat sini baru-baru ini.

PUO dalam kenyataan berkata program ini diketuai oleh Ketua Delegasi, Sr. Gs. Mohd Zahiruddin Mohamed Na’aim bersama barisan pensyarah pengiring berpengalaman iaitu Sr. Siti Kamisah Mohd Yusof, Sr. Dr. Masreta Mohd @ Basri, dan Mohd Omar Mohamed Hassan.

​“Aplikasi ‘Astronomi Lapangan’ secara realiti ini merupakan komponen penting dalam kursus Astronomi Lapangan. Para pelajar diberi tunjuk ajar secara intensif mengenai teknik-teknik mencerap anak bulan yang tepat.

“​Pelajar telah mengaplikasikan kemahiran mengendalikan peralatan teknologi tinggi termasuk, Total Station & Theodolite: Untuk menentukan kedudukan azimut dan altitud Hilal serta GPS Survey, bagi mendapatkan koordinat lokasi cerapan yang jitu selari dengan data astronomi.

“Melalui bimbingan Sr. Gs. Mohd Zahiruddin pelajar didedahkan kepada prosedur operasi standard (SOP) cerapan rasmi yang memerlukan disiplin dan ketepatan tinggi, ”kata kenyataan itu.

​Dalam kenyataan yang sama, Pengarah PUO ​Dr. Hjh. Salmi Che’ Meh menyatakan kebanggaan beliau terhadap dedikasi barisan pensyarah dan pelajar dalam mengintegrasikan teknologi ukur dengan tuntutan syarak.

​Katanya, program cerapan ini bukan sekadar aktiviti luar kelas, tetapi merupakan makmal lapangan yang kritikal bagi pelajar Geomatik. Kehadiran pakar dan pasukan memastikan pelajar mendapat bimbingan langsung dalam bidang Geomatik.

“Kami mahu graduan PUO bukan sahaja mahir dalam pemetaan bumi, malah kompeten dalam aspek astronomi yang memberi impak besar kepada komuniti dan negara, ”katanya lagi.

Tambahnya, selaras dengan matlamat PUO dalam ​memperkasa kemahiran teknikal dan kerjasama strategik selain memenuhi keperluan akademik, program ini menjadi platform bagi memperkukuh kerjasama antara PUO dan agensi agama negeri dalam memperkasakan bidang falak di Malaysia. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat