Pernah diejek ahli Parlimen “pondan”, Rafizi tak layan Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pembangkang dikatakan sering ketandusan idea untuk membahaskan perkara-perkara yang substantif ketika persidangan Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Justeru, menurut beliau pembangkang melengahkan dan mencuri masa dewan dengan perkara remeh temeh yang berlegar sekitar standing order, selalunya atas alasan “mengelirukan dewan”, padahal mereka yang mudah terkeliru.

“Saya missed (ketinggalan) acara wajib Perikatan Nasional (PN) di Parlimen – “walk out” lagi, walaupun baru semalam titah Yang di-Pertuan Agong pasal adab di Parlimen.

“Pembangkang yang ada selalunya ketandusan idea untuk membahaskan perkara-perkara yang substantif. Akhirnya mereka melengahkan dan mencuri masa dewan dengan perkara remeh temeh yang berlegar sekitar Standing Order (selalunya atas alasan “mengelirukan dewan”, padahal mereka yang mudah terkeliru).

“Walaupun tugas Speaker Dewan Rakyat menjadi lebih sukar dan tekanan darah naik sepanjang masa, amalan “walk out” oleh PN ini akan memakan diri, jika tidak berjaya mempamerkan fungsi pembangkang di Parlimen.

“Lama-lama daripada “walk out” menjadi “walk over”, bidas Rafizi di apliksi X pada Rabu.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi memaklumkan, sepanjang menjadi ahli Parlimen pembangkang, beliau tak pernah bangun ganggu perbahasan dengan menggunakan Standing Order (atau Peraturan Mesyuarat) seperti yang berlaku dengan pembangkang sekarang.

“Walaupun pada satu ketika, bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengejek “Ahli Parlimen Pondan, eyh salah Pandan” konon untuk buat lawak dan terang-terang melanggar Peraturan Mesyuarat.

“Saya hanya menjawab “umur Ketereh tak jauh beza dengan umur ayah saya dan rakyat melihat akhlaknya pada usia itu”, kongsi Timbalan Presiden PKR itu lagi.

Katanya, hal ini kerana waktu yang ada untuk ahli Parlimen berucap itu pendek, sekitar 5-7 minit sahaja.

“Gunakanlah peluang itu untuk menyampaikan perkara yang substantif, lebih-lebih jika pembangkang kerana itu sahajalah peluang untuk kita pamerkan kemampuan kita mentadbir dengan cetusan idea yang lebih baik berbanding kerajaan,” tegas beliau.

Rafizi turut mengulang kata-kata Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin :“Just because they have a majority, they do what they want without following the procedures that have been in place”

“Masa dia tak de majoriti di Parlimen dan bukan PM, dia walk out.

“Masa dia tak yakin majoriti di Parlimen dan dia PM, dia isytihar darurat gantung Parlimen,” katanya.

Semalam semua wakil rakyat pembangkang keluar dewan kerana tidak berpuas hati dengan slot yang diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai “tiba-tiba”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat