Wan Rosdy Pernah Bantu Negeri Yang Kalah Selepas PRU-14- Exco Wanita

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: ‘Yang diwaktu kita susah bukan Langkawi sahaja dia ambil perhatian malah di negeri-negeri lain yang kalah juga turut dia bantu’ kata Exco Wanita UMNO Malaysia Hisham Suhaily Othman terhadap calon Naib Presiden, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Kata Hisham Suhaily lagi, pemilihan parti pada Mac depan inilah masanya untuk ahli UMNO mengenang kembali apa yang Wan Rosdy korbankan di negeri-negeri yang kalah pada PRU-14 dahulu.

Jelasnya lagi, Wan Rosdy adalah calon yang baik dan sesuai untuk kita buatkan pen-segaran kepada parti.

“Jadi apabila Dato’ Sri Wan menawarkan diri untuk bertanding Naib Presiden UMNO Malaysia, saya rasakan memang sesuailah orangnya,

” Yang diwaktu kita susah bukan Langkawi sahaja dia ambil perhatian malah di negeri-negeri lain juga turut dia bantu, dan ketika ini bila ada pemilihan inilah masanya untuk kita mengenang kembali apa yang telah beliau korbankan untuk kami di negeri yang kalah ini.” katanya.

Menurut Hisham Suhaily yang juga Ketua Wanita UMNO Langkawi lagi, Wan Rosdy seorang yang ramah, ‘humble’ dan mudah didekati.

Beliau juga berpendapat ketiga-tiga gandingan Naib Presiden mestilah terdiri gandingan seorang Menteri Besar, Menteri dan sebagainya supaya ada semak dan imbang pada jawatan tersebut.

Menurut Hisham Suhaily lagi, Wan Rosdy sebagai Menteri Besar Pahang begitu cemerlang dari segi prestasinya.

Beliau merasakan kecemerlangan Wan Rosdy mentadbir Pahang dan beliau merasakan Wan Rosdy boleh bawa parti UMNO ditambah baik serta dapat membawa idea-idea yang baru bagi membuat pembaharuan kepada parti UMNO.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat