Dakwa Diri Sebagai ‘Jurutaip Allah’, Bekas Pensyarah Dihukum Penjara 12 Bulan

- Advertisement -

KUALA PILAH – Bekas pensyarah yang juga pengasas ajaran ‘Asmaul Husna’ dipenjara 12 bulan atas pertuduhan mengajar agama tanpa tauliah, hari ini.

Hakim Mohd Sabaruddin Bidin turut mengarahkan hukuman denda RM3,000 terhadap Wan Maseri Wan Mohd, 59, dan hukuman penjara tambahan enam bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda itu.

Hukuman dijatuhkan selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 118(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003.

Sebelum itu, Wan Maseri dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah, Seremban, hari ini, atas pertuduhan menyebarkan ajaran salah kepada masyarakat Islam.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ruzita Ramli selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh menyebarkan ajaran salah kepada sekumpulan orang Islam dengan menyatakan antara lainnya dirinya merupakan ‘Jurutaip Allah’ dan roh manusia adalah daripada ‘Zat Allah’ dan segala tindakannya berdasarkan arahan terus Allah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 9.45 pagi, 27 Februari lalu di sebuah rumah di Kampung Nuri Balai Panjang, Johol, Kuala Pilah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 pindaan 2019 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Rohaizad Redzuan memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh dengan seorang penjamin dari kalangan penjawat awam.

“Kes ini diketahui secara umum dan meluas bahawa fahaman ajaran itu tersebar melalui media sosial dan pengakuan taubat secara rasmi sudah dibuat tertuduh (sebelum ini) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,” katanya.

Wan Maseri yang tidak diwakili peguam merayu supaya jumlah jaminan dikurangkan kepada RM4,000.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM4,500 dengan seorang penjamin penjawat awam dan sebutan kes untuk perbicaraan ditetapkan pada 4 April depan. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat