Koperasi disaran ikut jejak Co-op Bank Pertama, progresif tanpa rasuah – SKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Gerakan koperasi perlu mengambil inisiatif bersepadu dalam operasi kewangan dan keseluruhan pengurusan demi melahirkan sebuah koperasi yang sihat, bebas rasuah dan berintegriti tinggi.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Zazali Haron berkata, kira-kira 14,629 koperasi di negara ini disarankan mengikut jejak Co-op Bank Pertama (CBP), untuk mewujudkan lanskap gerakan koperasi sihat dan progresif tanpa rasuah.

“Ikrar Integriti adalah bertujuan untuk memperkukuhkan integriti bebas rasuah dalam organisasi, sebagai pencetus amalan tadbir urus koperasi yang mantap, melahirkan persekitaran perniagaan yang cemerlang dan kompetitif ke arah pencapaian berasaskan penandaarasan globalisasi serta dilengkapi dengan warga kerja yang berkualiti tinggi dan produktif.

“Inisiatif integriti juga merupakan penterjemahan daripada tujahan ke-2 TransKoM (2021 – 2025),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, inisiatif ini bagi pemantapan sistem perundangan dan struktur governan bagi memperkasakan koperasi sebagai pemangkin (catalyst) kepada pertumbuhan sosio- ekonomi yang seimbang, inklusif, progresif dan mampan.

Koperasi jelasnya, perlu memberi komitmen untuk membudayakan integriti dalam organisasi perbankan apabila menandatangani ikrar bebas rasuah.

“Ikrar integriti yang dilakukan ini adalah untuk menunjukkan komitmen koperasi untuk menggalakkan nilai murni dalam tadbir urus yang baik untuk merealisasikan misi dan visi setiap koperasi di seluruh negara,” katanya.

Selain itu katanya, seluruh warga kerja koperasi akan terus meletakkan agenda peningkatan integriti sebagai keutamaan dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

“Inisiatif ini juga dalam misi membantu kerajaan membanteras gejala rasuah, ianya tidak terhad kepada SPRM saja, tetapi bermula dari organisasi itu sendiri untuk membanteras kegiatan rasuah.

“Kakitangan koperasi harus menekankan beberapa perkara termasuk menolak penipuan rasuah, penyalahgunaan kuasa, memberi contoh kepimpinan melalui teladan dan melaporkan rasuah kepada pihak berkaitan, bertanggungjawab dan profesional dalam melaksanakan amanah dan tugasan seharian.

“Bersama-sama menyemai benih integriti di dalam pelaksanaan program berkaitan integriti dan memberi contoh yang baik berasaskan kepimpinan melalui teladan serta melaporkan unsur rasuah atau salah laku rakan sekerja kepada pihak pengurusan supaya siasatan dalam dilaksanakan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,497FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat