Fuad ikrar bawa imej ‘zero rasuah’

- Advertisement -

BAKRI- Calon Barisan Nasional (BN) DUN N.14 Bukit Naning, Datuk Mohd Fuad Tukirin berikrar membawa imej ‘zero rasuah’ sebagai tawaran baru kepada pengundi dan rakyat di Johor.

Beliau malah menyatakan azam untuk menolak ketepi imej rasuah dan menawarkan tawaran imej UMNO-BN yang baru.

“Pendapat peribadi saya tentang rasuah ini, kita tolak ketepi.

“Sebab hari ini saya membawa pendekatan hapus rasuah, ‘zero rasuah’ itu komitmen kita kepada DUN Bukit Naning,” katanya kepada SuaraTV.

Mohd Fuad yang juga Ketua UMNO Bahagian Bakri memberitahu beliau bertekad memajukan DUN Bukit Naning setaraf penduduk di bandar.

“Perjuangan utama yang saya akan fokus ialah pembangunan digital iaitu memperkasa jalur lebar internet terutama untuk generasi muda.

“Saya akan pastikan rangkaian internet di Bukit Naning ‘kencang’ seperti di bandar kerana internet adalah keperluan asas.

“Pelajar sekolah perlukan internet laju untuk sesi PdPR. Bukan itu sahaja, malah kawasan ini berasaskan pertanian, dengan internet penduduk di sini boleh memasarkan produk dan hasil pertanian mereka dengan lebih meluas. Ini sekali gus meningkatkan pendapatan,” katanya.

Beliau akan memperjuangkan nasib penduduk Ayer Hitam di Bukit Naning lebih baik daripada penduduk bandar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat