Jumlah Mangsa Banjir Di Terengganu, Kelantan Meningkat Kepada 22,450 Orang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan terus meningkat kepada 22,450 orang yang ditempatkan di 234 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat petang ini berbanding 19,626 orang di 225 PPS, pagi tadi.

Di Terengganu, jumlah penduduk terjejas akibat banjir meningkat kepada 13,530 orang daripada 3,735 keluarga pada tengah hari ini berbanding 11,137 orang daripada 3,177 keluarga pada 8 pagi tadi.

Peningkatan jumlah mangsa itu berikutan penambahan 16 lagi PPS menjadikan jumlah keseluruhan yang beroperasi ketika ini ialah 173 PPS iaitu 45 di Besut, Hulu Terengganu (31), Setiu (30), Dungun (26), Kemaman (23), Kuala Terengganu (sembilan), Kuala Nerus (lapan) dan Marang (satu).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa tertinggi ialah di Kemaman seramai 3,857 orang, Hulu Terengganu (3,537), Besut (2,251), Dungun (1,572), Setiu (1,298), Kuala Terengganu (592), Kuala Nerus (418) dan Marang (lima).

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan lima sungai di lima daerah masih berada di paras bahaya iaitu Sungai Kemaman di Kemaman, Sungai Nerus (Setiu), Sungai Telemong (Hulu Terengganu), Sungai Dungun (Dungun) dan Sungai Terengganu (Kuala Terengganu).

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 8,920 orang daripada 2,862 keluarga setakat 2 petang ini, berbanding 8,489 orang daripada 2,750 keluarga, pagi tadi.

Aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan sebanyak 61 PPS dibuka melibatkan 20 di Pasir Mas, Kuala Krai (15), Tanah Merah (13), Pasir Puteh (enam), Machang (lima), manakala masing-masing satu di Jeli dan Kota Bharu.

Sementara itu, portal rasmi info banjir JPS menerusi laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan dua sungai utama di negeri itu berada pada paras bahaya iaitu Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah merekodkan bacaan 24.68m dan Sungai Kelantan di Temangan, Machang (21.18m). – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat