Calon Nafi Suasana Kempen PN Hambar

- Advertisement -

KOTA TINGGI – Calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Faizal Asmar menafikan suasana kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penawar hambar meskipun sudah masuk hari kedua.

Meskipun kawasan itu dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) namun ia tidak menghalang beliau untuk terus berkempen memperkenalkan diri kepada masyarakat walaupun masih belum ada tanda kehadiran pimpinan tertinggi PN.

“Saya dimaklumkan kepimpinan tertinggi akan turun ke sini dalam beberapa hari lagi. Awal berkempen, kepimpinan tertinggi memberi ruang dan peluang kepada calon untuk kita bergerak sendiri.

“Kita sebagai calon perlu jalan kerja, buat program, pasang bendera, pasang kain rentang dan menyantuni masyarakat.

“Bukan sahaja pimpinan tertinggi (PN) bahkan beberapa menteri akan turun padang ke Pengerang untuk menggiatkan kempen khususnya di DUN Penawar dan Tanjung Surat.

“Saya percaya janji pimpinan PN selalu ditepati, itu membuatkan saya bangga sebagai calon PN,” katanya dalam temubual bersama MalaysiaGazette di Felda Papan Timur hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, kerusi N38 dimenangi calon BN, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain dengan memperolehi 7,134 majoriti undi.

Sharifah Azizah yang memperoleh 12,330 undi itu menewaskan pencabarnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Kamah Nor yang hanya memperoleh 5,196 undi sahaja.

Dalam PRN Johor kali ini, penyandang DUN Penawar itu tidak mempertahankan kerusi tersebut, sebaliknya Ketua Wanita UMNO Johor itu bertanding di kerusi N29 Mahkota. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat