GAPENA Puji PM Martabatkan Bahasa Melayu Diperingkat Antarabangsa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menggunakan bahasa Melayu dalam acara rasmi di peringkat antarabangsa.

Ketua Satu GAPENA, Datuk Zainal Abidin Borhan berkata pengumuman berkenaan meletakkan kedaulatan, kemuliaan dan kedudukan bahasa Melayu di mata dunia.

“GAPENA amat mengharapkan para perwakilan rasmi Malaysia di peringkat antarabangsa khasnya pejabat Pesuruhjaya Tinggi dan Kedutaan serta Konsulat Malaysia di seluruh dunia dapat memainkan peranan yang amat proaktif menyebar-luaskan proses pengantarabangsaan bahasa Melayu.

“Jabatan Atace Pendidikan perlu diberi peranan untuk mempertingkat penyebaran tersebut, disamping mewujudkan jawatan guru bahasa di jabatan berkenaan.

“Acara-acara rasmi di peringkat antarabangsa merupakan acara yang berkala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya apa yang penting ialah usaha yang berterusan dalam mengangkat Bahasa Melayu.

Menurutnya, satu lagi tindakan segera ialah dengan menubuhkan Bahagian Bahasa Melayu Antarabangsa di Dewan Bahasa dan Pustaka yang berfungsi seperti British Council.

“Imej warganegara Malaysia yang sering berbahasa Inggeris apabila berinteraksi dengan warga asing.

“Ramai juga warganegara Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu walaupun ianya bahasa kebangsaan negara,”

“Tindakan yang sewajarnya yang menuntut ketegasan dilakukan supaya semua warganegara Malaysia fasih berbahasa kebangsaan. Di negara sendiri bahasa Melayu didaulatkan di peringkat antarabangsa ianya dimuliakan,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri memaklumkan bahawa kerajaan telah menetapkan agar setiap urusan rasmi negara termasuk mesyuarat dan persidangan antarabangsa perlu menggunakan bahasa Melayu.

Ismail Sabri berkata, beliau telah menggunakan bahasa Melayu ketika mesyuarat dua hala dan sidang media bersama semasa melakukan lawatan rasmi ke Brunei serta Kemboja sebelum ini dan yang terbaharu, Thailand.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat