Pemuda Amanah desak PKR tidak hipokrit

- Advertisement -

CYBERJAYA: PKR didesak agar tidak bersikap hipokrit dan lidah bercabang semasa menguruskan isu wakil rakyat melompat parti dalam kalangan komponen Pakatan Harapan (PH)

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Shazni Munir Mohd Ithnin berkata amalan itu jika diterima jelas menguntung satu pihak saja dan pada masa sama merugikan parti lain.

“Presiden PKR Anwar Ibrahim perlu melaksanakan tekad bersama untuk menolak budaya lompat parti sesama komponen yang jelas menguntungkan satu pihak dan merugikan pihak yang lain.

“Politik tikam belakang ini usah dibudayakan.

“Sebagai rakan gabungan dalam PH, menerima penyertaan wakil-wakil rakyat ini hanya akan menyebabkan hubungan antara parti renggang dan keruh pada kemudian hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shazni Munir berkata amalan membeli dan menjual wakil rakyat merupakan budaya bobrok yang hina lagi keji.

“Bahkan persundalan ini jugalah yang menyebabkan kerajaan PH runtuh dan merencatkan proses reformasi urus tadbir yang sedang berjalan ketika itu,” katanya.

Apa yang berlaku, katanya, bercanggah dengan kenyataan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam yang jelas menyebut bahawa parti berkenaan menolak tindakan lompat parti untuk melemahkan mana-mana parti dalam blok pembangkang.

“Namun ironinya, pada tarikh berkenaan jugalah dilaporkan PKR telah menerima wakil rakyat yang melompat di Johor setelah bantahan dalaman kami suarakan rentetan kejadian sama berlaku di Selangor sebelum ini,” katanya.

Isu wakil rakyat melompat parti kembali menjadi perhatian selepas tiga ADUN Amanah Johor mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PKR.
Tiga Adun terbabit ialah Khairuddin A Rahim (Senggarang), Faizul Amri Adnan (Serom) dan Muhamad Said Jonit (Mahkota).

Tahun lalu dua ADUN Amanah Selangor – Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (Meru) dan Ahmad Mustain Othman (Sabak) – turut mengambil langkah serupa.

Sementara itu Amanah Bukit Bintang menggesa pemimpin parti itu mengkaji semula pendirian bekerjasama dengan PKR serta kedudukan mereka dalam PH.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Amanah Bukit Bintang berkata kajian semula itu perlu selepas PKR menerima lima ADUN mereka termasuk dua di Selangor pada tahun lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat