Solat Hajat untuk permudah agenda penyatuan ummah – Tun Faisal

- Advertisement -

SUNGGUHPUN beliau sedang berdepan dengan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, sosok ini tetap tenang mengharungi cabaran dan tekanan ekoran pendirian lantangnya untuk memperkasakan agenda Penyatuan Ummah demi menegakkan kerajaan yang berteraskan pemuafakatan Melayu-Islam sebagai terasnya.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz bersama dengan rakan-rakannya mengadakan Majlis Solat Hajat di Surau Pudina, Presint 17, Putrajaya malam tadi.

Majlis tersebut diadakan bagi memohon doa kepada Allah agar segala kesulitan dan ujian yang sedang dihadapinya dapat dilalui dengan tenang selain berserah kepada Allah tentang apa jua keputusan yang bakal dijatuhkan kelak.

Tun Faisal berkata, program yang dilaksanakan merupakan satu usaha beliau untuk menghadap Lembaga Disiplin UMNO ekoran aduan yang diterima berkaitan kenyataannya.

“Kita buat persiapan secara rohani dan agar diberikan keadilan mudahan-mudahan apa yang saya perjuangkan selama ini akan menunjukkan kebenaran.

“Selain itu, ini sebagai usaha apabila tiga tuntutan yang dikemukakan kepada pihak Lembaga Disiplin UMNO tidak dilayan, maka saya anjurkan majlis ini agar segala urusan mengenainya dipermudahkan Allah,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Cawangan UMNO Pudina, Presint 17 menegaskan agenda Penyatuan Ummah yang dipertahankan adalah sebaik-baik strategi untuk mengekalkan kerajaan teras Melayu dan Islam selepas pilihanraya akan datang.

“Saya kekal dengan prinsip yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) iaitu, ‘No Anwar dan No DAP’.

“Mudahan kalau kita dapat kembali kepada jajaran asal dan mengekalkan agenda PU, keadaan dalam UMNO tidaklah macam sekarang dan jadi berpecah belah kerana tidak dapat bersama dan bersatu padu dalam aspek menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam

Tun Faisal turut menegaskan bahawa beliau tidak pernah memuji PPBM secara berlebihan dan tidak pernah mengampu Presidennya.

“Bagi saya, PPBM ini adalah rakan dalam Perikatan Nasional (PN) sama seperti PAS.

“Dalam Putrajaya, kita ada PAS, ahlinya mempunyai lebih 4,000 ahli, UMNO mempunyai lebih 8,000 ahli dan PPBM mempunyai ahli dalam lingkungan lima hingga 700 ahli.

“Sekiranya semua pihak dalam PN di Putrajaya bekerjasama ia boleh meningkatkan peluang untuk menang di Putrajaya dan juga kawasan yang lain,” katanya.

Tun Faisal berkata, Soal pembahagian kerusi PRU pula ia masih boleh dirundingkan dengan syarat pemimpin yang terlibat perlu mengenepikan agenda peribadi.

“Agenda yang paling besar ketika ini tentunya Penyatuan Ummah dan mesti memastikan kerajaan yang dibentuk nanti bukan seperti kerajaan sebelum ini yang ada Tun Dr Mahathir, DAP dan PKR yang mempunyai ideolagi yang berlainan.

“Akhirnya kita terpaksa menerima dasar sekularisme, sosialisme, liberalisme dan pluralisme dan semua ini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Katanya lagi, apa yang penting bagi orang melayu adalah mempunyai kerajaan yang dapat membawa aspirasi orang melayu tanpa mengenepikan kepentingan kaum lain seperti amalan kerajaan PN hari ini.

“Biarlah kita kekal dengan jajaran asal kerana kita berkongsi ideologi yang sama,”

Ujarnya, musuh mempunyai ideologi yang berbeza dengan dasar UMNO menyebabkan beliau membantah sebarang usaha untuk mewujudkan jajaran politik baharu yang melibatkan UMNO dan Pakatan Harapan (PH).

“UMNO perlu berhati-hati kerana kita tidak boleh berkawan dengan musuh atau nak bekerjasama dengan musuh, bab ini saya tidak boleh terima.

“Nak mengekalkan persahabatan, meningkatkan ukhwah dengan rakan-rakan yang sama ideologi, itu kita sokong.

“Sekiranya Presiden boleh bawa komitmen itu, jika Datuk Seri Mohd Najib boleh bawa komitmen itu, jika MKT boleh bawa komitmen itu, maka saya akan sokong sepenuh hati,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat