Larry Sng letak jawatan Ketua PKR Sarawak, bakal tinggalkan parti

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak, lapor The Star Online.

Sumber dalaman PKR memaklumkan, Sng telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu.

Perkara ini disahkan setiausaha PKR Sarawak, Joshia Jabeng.

Selain Sng, sumber turut mendedahkan Ahli Parlimen Tebrau, Stephen Choong bertindak keluar parti.

Pada 21 Disember tahun lalu, Sng umum akan mengundur diri sebagai ketua PKR Sarawak yang diambil alih beliau pada Mei selepas Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian meninggalkan parti itu.

Beliau berkata keputusan itu bagi membolehkan pemimpin Dayak mengambil alih jawatan sekali gus memimpin parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak selepas DUN tamat Jun depan.

Walau bagaimanapun, peletakan jawatan’ itu tidak dibuat secara rasmi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat