PM Mahu Setiap Projek Kerajaan Beri Impak Nyata Kepada Rakyat

Cyberjaya : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tanggungjawab kerajaan bukan sekadar melaksanakan amanah pentadbiran, sebaliknya perlu memacu perubahan nyata yang memberi manfaat langsung kepada rakyat serta menjamin masa depan negara lebih gemilang.

Menurut beliau, setiap dasar, inisiatif dan projek yang dirancang perlu benar-benar bersasar kepada kepentingan rakyat supaya kehidupan mereka menjadi lebih selesa, peluang lebih adil dan harapan masa depan lebih cerah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pembangunan Prasarana Awam Semenyih, yang disifatkan sebagai langkah penting dalam usaha memodenkan kemudahan awam dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat.

Antara projek yang bakal dilaksanakan di kawasan itu ialah pembinaan jalan pintas serta penyediaan tapak perkuburan awam bagi memberi kemudahan lebih baik kepada penduduk.

Anwar turut mengingatkan semua pihak, termasuk kerajaan negeri, supaya terus melipatgandakan usaha dan komitmen dalam memastikan hasil pembangunan dapat dirasai semua lapisan rakyat tanpa mengira latar belakang.

Menurutnya, pendekatan itu penting agar rakyat dapat menikmati limpahan pembangunan, peluang yang lebih luas serta kehidupan yang lebih bermakna.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat