Kesemua AJK Eksekutif FAM letak jawatan

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 2025–2029 secara kolektif dan sukarela meletakkan jawatan mereka dengan serta-merta.

Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan keputusan itu dibuat secara sebulat suara, dengan mengambil kira tanggungjawab organisasi dan tanpa kepentingan atau jawatan peribadi.

Beliau berkata, ia langkah berhemah dan berprinsip yang diambil susulan situasi terkini yang menarik perhatian umum, lapor Harian Metro pada Rabu.

Malah, katanya, Jawatankuasa Eksekutif mengambil tanggungjawab bersama dan keperluan untuk bertindak dengan cara melindungi integriti FAM.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat