Razman nantikan surat saman, fitnah bukan amalan orang beragama- Hannah Yeoh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hannah Yeoh akan menhantar surat tuntutan ke atas Ketua Pas Perak Razman Zakaria yang baru-baru ini mendakwa pemimpin DAP itu mempunyai kaitan dengan keluarga Yeoh konglomerat YTL Corporation Bhd.

Walaupun Razman kemudian memohon maaf atas dakwaannya bahawa Menteri Belia dan Sukan itu adalah “anak perempuan orang kaya” dan “anak perempuan YTL”, Hannah berkata pemimpin Pas itu telah membuat tuduhan lain yang didakwa memfitnah terhadapnya dalam ucapan yang sama.

“Sebenarnya ucapan Razman Zakaria Pesuruhjaya Pas Perak yang menuduh saya macam-macam melebihi satu minit. Nantikan surat daripada peguam saya.

“Fitnah tidak boleh dibenarkan menjadi satu kebiasaan terutamanya oleh orang yang beragama,” katanya di Fcaebook pada Selasa.

Hannah sebelum itu menyelar Razman atas dakwaannya semalam, memberitahu Adun Gunong Semanggol itu bahawa “tidak semua Yeoh berkaitan”.

Razman memohon maaf atas “kesilapannya” tetapi juga melahirkan kekecewaan terhadap liputan media mengenai ucapannya.

Beliau menuduh akhbar sengaja memberi tumpuan kepada bahagian 10 saat yang merujuk kepada Yeoh tanpa melaporkan bahagian lain atau isu yang lebih luas.

Ucapan itu dibuat pada majlis tiga hari di Perak yang melibatkan tiga sayap Pas dan dihadiri lebih 5,000 perwakilan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat