Fahmi Fadzil lancar program Chatbot AI dalam empat bahasa

- Advertisement -

CYBERJAYA, – Menteri Komunikasi, Encik Fahmi Fadzil hari ini melancarkan Chatbot Sebenarnya.my, yang diperkenalkan sebagai langkah kerajaan memerangi penyebaran maklumat palsu melalui teknologi kecerdasan buatan (AI).

Chatbot yang dikenali sebagai Artificial Intelligence Fact-check Assistant (AIFA) ini diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berfungsi sebagai platform untuk rakyat menyemak berita tidak sahih secara pantas dan tepat dalam talian.

Menurut Fahmi, AIFA akan membantu meningkatkan fungsi portal Sebenarnya.my melalui tiga objektif utama, iaitu memudahkan rakyat mendapatkan maklumat sahih, mempercepat maklum balas terhadap maklumat palsu, dan memperkukuh peranan Sebenarnya.my dalam menangani penyebaran maklumat tidak tepat di Malaysia.”

AIFA mempunyai ciri mesra pengguna dan boleh diakses sepanjang masa melalui portal Sebenarnya.my dan WhatsApp.

Menurut Fahmi lagi, Chatbox ini akan membolehkan pengguna mendapat pengesahan fakta pantas kerana ia menggunakan algoritma dan pembelajaran mesin untuk memadankan maklumat dengan sumber sahih.

Berfungsi dalam empat bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil, aplikasi ini turut menekankan pendidikan digital di mana ia bukan sekadar menyampaikan maklumat tepat tetapi juga mendidik pengguna mengenal pasti sumber maklumat yang boleh dipercayai.

Buat masa ini AIFA hanya menerima input dalam format teks, namun SKMM akan meneroka kemampuan untuk maklumat dalam format lain pada masa hadapan.

“Menerusi pelancaran ini, kerajaan berharap rakyat akan memanfaatkan AIFA untuk menyemak kesahihan sesuatu berita sekali gus membantu usaha membanteras penyebaran maklumat palsu,” ujar Fahmi.

Portal Sebenarnya.my dan chatbot AIFA kini bersedia untuk digunakan bagi memastikan masyarakat menerima berita yang tepat dan sahih.

author avatar
Fendi Ghafar
Venni Viddi Vinchi
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat