Malaysiakini bukan sasaran, tiada maklumat terperinci polis rampas komputer riba – Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan pihaknya tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai tindakan polis merampas komputer tiba milik seorang pengarang portal berita.

Menurutnya, biarpun kes itu di bawah siasatan polis, namun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) adalah agensi teknikal yang membantu siasatan.

“Setidak-tidaknya saya difahamkan pihak Malaysiakini bukan sasaran siasatan tapi mereka adalah saksi.

“Mungkin (ia dirampas) berdasarkan maklum balas yang diterima oleh polis daripada Jabatan Peguam Negara mengenai kertas siasatan yang dihantar berkaitan kes berkenaan,” lapor Utusan.

Fahmi berkata demikian ketika sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran ChatBot Sebenarnya.my di Cyberjaya pada Selasa.

Semalam, polis merampas sebuah komputer riba milik portal berkenaan bagi membantu siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkaitan titah addendum.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mempunyai hak untuk menyatakan apa-apa pandangan terhadap kerajaan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Bersih yang mengingatkan kerajaan bahawa rakyat berhak untuk kecewa sekiranya gagal menunaikan janji reformasinya.

Sebelum ini, Pengerusi Bersih Muhammad Faisal Abdul Aziz dilaporkan berkata, kerajaan perlu memulakan proses reformasi tahun ini.

Katanya, rakyat berhak untuk kecewa selepas meletakkan harapan yang tinggi kepada Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat