Dituduh amal ilmu hitam, Rosmah tuntut ganti rugi RM1 juta dari pengguna Tik Tok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Rosmah Mansor, isteri kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak, telah memfailkan tuntutan saman bernilai RM1 juta terhadap seorang pemegang akaun TikTok, Ku Muhammad Hilmie Ku Din, atas dakwaan mencemarkan reputasinya melalui tuduhan ilmu hitam.

Menurut afidavit yang difailkan, Ku Muhammad didakwa memuat naik video enam bulan sebelum saman dibuat, mengandungi kenyataan fitnah yang menuduh Rosmah terlibat dengan perbuatan syirik, bomoh, dan upacara melibatkan syaitan. Tuduhan itu dikatakan bukan sahaja palsu tetapi juga merosakkan nama baiknya sebagai tokoh masyarakat dan isteri perdana menteri keenam.

Peguam Rosmah, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff, mendedahkan bahawa dokumen afidavit tersebut telah dihantar kepada defendan, tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas.

Hakim Ahmad Shahrir Salleh menetapkan 27 Mei sebagai tarikh perbicaraan kes. Beliau juga mengarahkan pasukan peguam Rosmah untuk mengemukakan hujahan bertulis dua minggu sebelum itu.

Rosmah, kini berusia 72 tahun, mendakwa tuduhan dalam video tersebut telah membuat dirinya diejek, dihina, dan dipandang serong oleh masyarakat. Dalam samannya, beliau turut menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan.

Pada 28 Mei 2024, mahkamah telah memutuskan penghakiman ingkar terhadap Ku Muhammad setelah dia gagal hadir dan membela diri. Mahkamah juga menetapkan jumlah ganti rugi akan ditentukan pada perbicaraan.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat