Ulang tahun pertama perkahwinan – Ayda Jebat, Nabil Mahir beli rumah tiga tingkat

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir membeli sebuah rumah banglo tiga tingkat sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan pertama mereka pada 1 Januari lalu.

Ayda berkata, mereka tidak menyangka dapat membeli rumah idaman selepas bekerja keras siang dan malam.

“Ini adalah hadiah ulang tahun perkahwinan buat saya dan Nabil. Sebelum berkahwin kami diberikan rezeki yang tak putus-putus dan hasil kerja keras siang dan malam, kami berjaya membeli rumah impian,” katanya.

Ditanya mengenai harga rumah yang dibeli, penyanyi lagu Pencuri Hati itu memilih untuk tidak berkongsi. “Biarlah kami simpan sendiri. Apa yang boleh saya katakan, semuanya berbaloi apabila melihat keadaan rumah ini depan mata. Sangat cantik.

“Saya percaya apa yang kami kecapi ini adalah daripada rezeki anak kesayangan kami, Ana Nayla. Rezeki anak membuatkan perjalanan kami mahu memiliki rumah ini menjadi lebih lancar. Sewaktu saya hamil tahun lalu, saya aktif menjalankan pelbagai kempen,” katanya.

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari tahun lalu dan mereka dikurniakan anak perempuan, Ana Nayla pada 21 September lalu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat