Subsidi RM700 Juta Diteruskan, Tiada Kenaikan Tarif Elektrik – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kerajaan telah mengambil keputusan untuk tidak menaikkan tarif elektrik bagi lebih sembilan juta pengguna domestik.

Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri berkata subsidi elektrik sebanyak lebih RM700 juta juga akan diteruskan agar pengguna domestik tidak terkesan.

Sementara itu, Suruhanjaya Tenaga dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan pada Rabu lepas bersetuju mengekalkan kadar tarif elektrik semasa bagi pengguna domestik di Semenanjung untuk tempoh kawal selia bermula 1 Feb 2022 hingga 31 Dis 2024 di bawah mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR).

Keputusan itu juga terpakai kepada pengguna komersial dan industri.

Untuk rekod, kadar tarif itu telah digunakan sejak 1 Jan 2014 apabila mekanisme IBR diperkenal sebagai dasar baharu dalam penetapan tarif elektrik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat