Mourinho Jangka Alli Kekal Di Spurs

- Advertisement -

LONDON: Jose Mourinho berkata dia tidak menjangkakan Dele Alli akan kembali bergandingan dengan bekas bosnya, Mauricio Pochettino di Paris Saint-Germain pada penghujung jendela perpindahan nanti.

Alli, 24, yang disisih Mourinho di Tottenham Hotspur musim ini, hanya beraksi 74 minit dalam 18 perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Pemain tengah England menjadi tonggak penting di Spurs ketika zaman bimbingan Pochettino dan dikaitkan dengan perpindahan ke PSG sebagai pemain pertama yang di tandatangan pengendali Argentina sejak mengambil alih tugas pada Disember lalu.

“Saya memperkatakannya kerana sejak dari awal jendela perpindahan. Saya menjangkakan tiada seorangpun akan meninggalkan pasukan, malah tidak menjangka sesiapa yang hadir,” kata Mourinho menjelang pertembungan berdepan Liverpool awal pagi Jumaat ini.

“Saya tidak percaya semua perkara yang akan berlaku tetap jendela perpindahan masih terbuka. Kadangkala perkara di luar jangkaan berlaku, tetapi saya tidak menjangka apa-apa.”

Alli dijangka terlepas aksi kunjungan Liverpool ke Spurs berikutan mengalami kecederaan – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat