Thaipusam Diharap Terus Pupuk Semangat Perpaduan – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri hari ini mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada semua penganut Hindu di negara ini yang akan meraikan perayaan itu esok.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Thaipusam salah satu upacara keagamaan bagi penganut Hindu di seluruh dunia dan diraikan pada bulan ‘Thai’, iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil.

Bagi penganut agama Hindu, katanya, hari Thaipusam adalah peluang untuk mereka menunaikan nazar mengikut kepercayaan agama mereka.

“Pada kebiasaannya upacara ini disambut di Malaysia dengan perarakan penganut agama itu ke kuil-kuil Hindu membawa pedati arca Dewa Murugan, kavadi dan juga ‘paal koodam’ yang mengandungi susu.

“Tahun ini, sambutannya terpaksa dibuat secara bersederhana tanpa perarakan besar seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi beliau.

Perdana Menteri berharap semoga sambutan Thaipusam tahun ini akan terus memupuk semangat perpaduan sesama rakyat berbilang kaum dan agama serta mengekalkan keharmonian dan kemakmuran Malaysia.

Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada semua penganut Hindu kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan meneruskan upacara keagamaan ini mengikut norma baharu di kediaman masing-masing – Harian Metro

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

UMNO Perlis terus kerjasama BERSATU/PN pada PRU-15, sanggah MKT

KUALA LUMPUR – Biarpun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO nekad berpisah dengan BERSATU namun, UMNO Perlis tegar mempertahankan kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) pada...

UMNO lega tidak diharamkan

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan parti itu amat berpuas hati dengan keputusan semakan perundangan Mahkamah Persekutuan hari ini. “Syukur kepada...

Berita Berkaitan

Parti Melayu Tak Bermusuh Cuma Pesaing

KUALA LUMPUR - Tan Sri Annuar Musa memberitahu parti-parti Melayu tidak bermusuh sebaliknya wujud kekeliruan yang cuba menyembunyikan musuh politik sebenar. Jelas beliau antara UMNO,...

Tiada Krisis Dalam UMNO – Mahadzir Khalid

PADANG TERAP: Tiada sebarang krisis dalam UMNO apatah lagi dalam kalangan pimpinan parti itu berikutan perbezaan pendirian untuk meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Hadi Awang Yakin Rakyat Boleh Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik

KUALA LUMPUR: Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi...