Kes rasuah terbesar negara berakhir, kata Jabatan Peguam Negara

KUALA LUMPUR, — Perbicaraan kes rasuah terbesar dalam sejarah negara melibatkan Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak akhirnya berakhir di peringkat Mahkamah Tinggi selepas keputusan muktamad dijatuhkan hari ini, menurut Jabatan Peguam Negara.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Jabatan Peguam Negara memaklumkan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Collin Lawrence Sequerah, telah mensabitkan bekas Perdana Menteri itu bersalah atas keseluruhan 25 pertuduhan berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mahkamah mendapati tertuduh bersalah atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 serta 21 pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Bagi pertuduhan salah guna kuasa, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun bagi setiap pertuduhan serta denda keseluruhan berjumlah RM11,387,888,067.05. Sekiranya denda tersebut gagal dibayar, mahkamah memerintahkan hukuman penjara tambahan selama 10 tahun.

Sementara itu, bagi setiap pertuduhan pengubahan wang haram, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun. Mahkamah turut memerintahkan semua hukuman penjara tersebut berjalan secara serentak dan bermula selepas tamat tempoh pemenjaraan tertuduh bagi kes SRC.

Selain itu, mahkamah memerintahkan Dato’ Seri Najib membayar penalti tambahan berjumlah RM2,081,476,926.00 selaras dengan Seksyen 55(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. Jika penalti tersebut gagal dibayar, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tambahan selama dua tahun enam bulan, yang juga diperintahkan berjalan secara serentak dengan hukuman pemenjaraan lain.

Menurut Jabatan Peguam Negara, keputusan tersebut menandakan penamatan perbicaraan kes pendakwaan 1MDB di peringkat Mahkamah Tinggi, yang disifatkan sebagai antara kes rasuah dan jenayah kewangan terbesar pernah dibicarakan di negara ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat