Countdown to 2025 Suria x The Curve bakal gegarkan Piazza, The Curve!

- Advertisement -

PETALING JAYA,  – Sambut tahun baru anda dengan penuh semangat di acara Countdown to 2025 Suria x The Curve yang bakal diadakan pada 31 Disember 2024 di Piazza, The Curve. Acara istimewa ini bukan sahaja meraikan detik tahun baru, tetapi juga ulang tahun ke-20 pusat beli-belah The Curve.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), acara ini adalah satu perayaan besar yang menyatukan rakyat Malaysia untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik dan hiburan hebat. Program akan bermula seawal jam 9 pagi dan menjanjikan pelbagai tarikan untuk semua lapisan masyarakat.

Antara aktiviti menarik yang akan diadakan termasuk Food Festival yang menyajikan pelbagai makanan viral dan popular seperti Suka Dessert, Sushika, Ayaq Gantung, Gulacakery, dan banyak lagi. Selain itu, bagi peminat kecergasan, sesi Body Combat bersama Fitness First turut dianjurkan untuk memeriahkan suasana.

Kemuncak acara ini pastinya pertunjukan bunga api yang memukau, diiringi persembahan hebat daripada artis-artis terkenal tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Black Hanifah, Iman Troye, Hakim Khan, Ruffedge, Kristal X dan ramai lagi. Pengunjung juga berpeluang untuk bertemu mesra dengan penyampai Suria seperti Dato’ Fizz Fairuz, Suraya Borhan, Chiwan, Kai, dan DJ Lin.

Acara ini menjanjikan keseronokan buat seisi keluarga serta pengalaman tahun baru yang tidak dapat dilupakan. Sambutan ini bukan sahaja menjadi platform hiburan tetapi juga ruang untuk meraikan kebersamaan dan kegembiraan.

Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi di suria.my atau mengikuti media sosial Suria Malaysia di Instagram (@suriamalaysia), Facebook (@SuriaMalaysia), TikTok (@suriamalaysia), YouTube (SuriaTV) dan X (@suria_malaysia).

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan Countdown to 2025 Suria x The Curve dan mari bersama-sama menyambut detik tahun baru dengan penuh gaya dan semangat. Jumpa anda di sana!

author avatar
Fendi Ghafar
Venni Viddi Vinchi
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat