Stok bekalan diesel Petronas habis, mungkin sampai hujung tahun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengakui beberapa stesennya di seluruh negara berdepan kehabisan stok bekalan diesel.

PDB menerusi kenyataan, memaklumkan perkara itu dijangka berterusan sehingga 31 Disember ini.

“PDB ingin memaklumkan bahawa beberapa stesen PETRONAS di seluruh negara sedang menghadapi kehabisan stok diesel.

“Isu ini dijangka berterusan sehingga 31 Disember 2023,” katanya.

Justeru, PDB memohon maaf di atas sebarang kesulitan dihadapi selain memberi jaminan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi meminimumkan gangguan berkenaan.

“Untuk bantuan atau maklumat lanjut, sila hubungi Mesralink di talian 1300888181. Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama anda,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat