MAIWP Peruntuk Bantuan Tambahan RM35 Juta Program Sentuhan Kasih Mangsa Banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan bantuan tambahan RM35 juta menerusi dana zakat untuk diagihkan melalui program Sentuhan Kasih MAIWP-Misi Bantuan Banjir 2.0.

MAIWP dalam satu kenyataan berkata, peruntukan tersebut melibatkan bantuan RM10 juta kepada mangsa banjir di luar Wilayah Persekutuan melibatkan Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

“Selain itu, terdapat juga bantuan perubatan secara klinik bergerak sebanyak RM3 juta, membina semula rumah (RM3.5 juta), membaik pulih rumah (RM7 juta), membaik pulih masjid dan surau (RM10 juta) serta, membaik pulih maahad tahfiz, sekolah rendah agama dan tadika (RM1 juta).

“Antara lain, bantuan peralatan sekolah dan institusi pengajian tinggi (RM1 juta), moratorium kenderaan (RM3 juta), membaik pulih kenderaan (RM3 juta), bantuan tunai one-off (RM2 juta) dan menyelenggara pendawaian elektrik (RM500,000),” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Dalam pada itu, tambah MAIWP, pihaknya menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak majlis agama Islam negeri-negeri atas kerjasama membantu mangsa banjir di wilayah itu.

“Kemampuan untuk menyediakan peruntukan yang besar berjaya dilaksanakan oleh MAIWP adalah hasil daripada komitmen para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan. Oleh itu, MAIWP merakamkan setinggi-tinggi rasa penghargaan kepada semua pembayar zakat melalui Pusat Pungutan Zakat MAIWP kerana dengan zakat anda, MAIWP mampu melaksanakan amanah membantu mereka yang memerlukan.

“Diingatkan juga kini kita telah sampai ke penghujung tahun 2021, oleh itu bersihkanlah rezeki kita dengan bersama-sama MAIWP menunaikan tanggungjawab berzakat tersebut di www.zakat.com.my ataupun menerusi aplikasi MyZakat bagi membantu lebih ramai yang memerlukan,” katanya.

Terdahulu, MAIWP telah menyalurkan bantuan awal sebanyak RM2.25 juta kepada mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di wilayah berkenaan melalui Program Sentuhan Kasih MAIWP-Misi Bantuan Banjir 1.0 yang bermula 23 hingga 26 Disember lalu. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat