Lokasi Banjir Jadi Kawasan Angkat Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan – KSN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Task Force Pengurusan Pasca Banjir dan Kesiapsiagaan Menghadapi Gelombang Kedua Bencana Banjir membuat ketetapan setiap kementerian, jabatan dan agensi kerajaan akan menerima kawasan terjejas banjir untuk dijadikan kawasan angkat.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata pembahagian kawasan angkat terjejas banjir itu akan diselaraskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“JPA menyelaras pembahagian kawasan angkat terjejas banjir kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

“JPA turut menyelaras usaha mobilisasi anggota Perkhidmatan Awam bagi membantu kerja-kerja pembersihan dan kemanusiaan,” katanya dalam kenyataan media hasil keputusan mesyuarat pertama itu.

Dalam perkembangan sama, Mohd Zuki berkenaan agenda pembersihan pasca banjir, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengatur gerak sinergi aset-aset kerajaan dan keperluan aset daripada pihak swasta, NGO dan individu bagi pengurusan pasca banjir.

“Usaha ini dibantu secara langsung oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) khususnya menerusi penyediaan stesen pemindahan sisa pepejal sementara yang dikenal pasti di kawasan berhampiran kawasan terjejas banjir secara transit.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula membantu memastikan kelancaran laluan jentera pembersihan untuk mempercepatkan penghantaran sisa pepejal pembersihan ke stesen ditetapkan,” katanya.

Mohd Zuki juga memberitahu, pembaikan segera infrastruktur asas seperti jalan perhubungan, tebatan banjir, pembentungan, saliran dan utiliti diselaraskan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dan KASA melalui kaedah perolehan yang dipermudahkan bersama Kementerian Kewangan (MOF) demi kepentingan awam.

Manakala bagi mekanisme kesiapsiagaan bagi pengurusan bencana dan pasca bencana terus diteliti dan diperkemaskan tertakluk kepada arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari semasa ke semasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat