Email Pembaca: Banjir Dan KWSP RM10,000

- Advertisement -

Saudara Pengarang,

Tak perlu kaitkan pun isu pengeluaran KWSP RM10 ribu dengan masalah banjir. Perdana Menteri sudah menjelaskan kepada media yang bertanya adakah adakah beliau membenarkan pengeluaran KWSP RM10,000 one-off?

Menurut Perdana Menteri tiada pengeluaran KWSP tapi ada inisiatif-inisiatif lain untuk membantu mangsa banjir. Ianya bukan kenyataan rasmi untuk tidak akan membenarkan pengeluaran simpanan tersebut selama-lamanya.

Pinjaman tanpa faedah & moratorium selama 6 bulan tu jangan dibanding dengan KWSP RM10k, tapi banding dengan apa yg mangsa banjir sebelum-sebelum ini dapat… sekurang-kurangnya ada bantuan juga selain bantuan tunai RM1 ribu, Bantuan Zakat, Baitulmal, Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) dan sumbangan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu lain.

Betullah apa Perdana Menteri cakap tu… sebab yang menggedik lebih-lebih nak pengeluaran ni adalah yang tak ditimpa musibah banjir pun. Jika gunakan solusi popular tu, lepas ni yang tak kena banjir pun akan desak supaya mereka dapat juga pengeluaran KWSP tu.

Harus diingat pengeluaran KWSP dah diberi berkali-kali semasa zaman Tan Sri Muhyiddin jadi Perdana Menteri, masa tu keterdesakan hidup bukan seperti sekarang… ramai yang diberhentikan kerja dan tidak boleh nak jana sumber pendapatan.

Jadi sebagai pemimpin paling atas, bukan keputusan on the spot Perdana Menteri nak putuskan pengeluaran KWSP semasa ditanya wartawan dalam sidang media berkaitan banjir tanpa memikirkan impak & solusi tepat pelaksanaannya.

Aku tetap percaya kerajaan akan tunaikan desakan pengeluaran 10 ribu itu cuma bukan sekarang waktu yang tepat… sebab jika benarkan sekarang tahun hadapan atau menjelang PRU15 puak- puakpopulis ni akan desak lagi untuk pengeluaran lain-lainnya.

Kalau setakat nak popular semata-maya boleh saja Ismail Sabti ikut cara Muhyiddin… tapi tak payah ada Perdana Menteri /kerajaan la jika semua masalah rakyat seperti bencana alam, terpaksa diatasi dengan simpanan rakyat sendiri.

Jadi kesimpulannya, pengeluaran KWSP dan pinjaman tanpa faedah bukan perkara untuk dibandingkan dengan macam-macam sifir.

Mangsa banjir kali ni tetap dapat juga inisiatif tambahan untuk buat pinjaman BSN, Bank Rakyat, TEKUN dan lain-lain… Mangsa banjir Pantai Timur 2014 dulu kena berhutang dengan saudara-mara je untuk beli peralatan rumah yang musnah & nak mulakan balik perniagaan yang dihanyutkan air.

-RR, Kuala Lumpur

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat