150 Anggota Polis, Pegawai PGA dan PSP Terlibat Bantu Mangsa Banjir

- Advertisement -

SHAH ALAM – Lebih 150 anggota polis serta pegawai daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) terlibat dalam penugasan pasca banjir di sekitar kawasan Puchong dan Hulu Langat, pada Isnin.

Polis Diraja Malaysia(PDRM) dalam kenyataan memaklumkan, antara kawasan terlibat adalah Kampung Seri Aman, Puchong, Taman Hulu Langat Jaya, Batu 9 Cheras dan Taman Desa Kelinci, Selangor.

“Tugasan melibatkan seramai seorang pegawai kanan polis (PKP) dan 29 anggota dari Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA), Bakri Muar dan seorang pegawai serta 40 anggota dari Unit 4, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Kuala Lumpur di kawasan Kampung Seri Aman, Puchong.

“Anggota serta pegawai terlibat turut ditugaskan membantu operasi pasca banjir dengan membersihkan kawasan perumahan penduduk di lokasi berkenaan melibatkan Jalan Bestari 7, Kampung Seri Aman Luar, Puchong dan Lorong Berkat 2, Kampung Seri Aman Berkat, Puchong, Selangor,” menurut kenyataan itu, pada Isnin.

Kata kenyatan itu, untuk operasi di kawasan Hulu Langat melibatkan Taman Hulu Langat Jaya, Batu 9 Cheras.

“Penugasan ini melibatkan dua pegawai kanan polis (PKP) bersama 58 anggota dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Cheras, Selangor.

“Pasukan FRU Cheras Selangor ditugaskan membantu operasi pasca banjir dengan membersihkan kawasan perumahan penduduk dan kawasan sekitar yang terjejas banjir lumpur,” katanya.

Menurutnya, penugasan berikutnya melibatkan kawasan Taman Desa Kelinci, Hulu Langat.

“Penugasan ini melibatkan dua pegawai kanan polis (PKP) dan 10 anggota dari Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Cheras.

“Selain itu turut terlibat seorang pegawai kanan polis dan 11 anggota polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 5 bagi bantuan sumber air bersih,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat