Polis berurusan dengan peguam Abdul Wahab, tentukan tarikh rakam keterangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berurusan dengan peguam kepada Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani bagi menentukan tarikh untuk merakam percakapannya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Abdul Wahab merupakan saksi penting bagi membantu siasatan berhubung kes tular rakaman video perbualan berbaur lucah yang dikaitkan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff.

“Kita sedia maklum berhubung masalah kesihatan Abdul Wahab, kita kini sedang berurusan dengan pihak peguamnya,” katanya ringkas ketika dihubungi pada Isnin.

Pada Isnin, Abdul Wahab dilaporkan mengalami kemurungan dan perlu sedikit masa untuk tampil beri keterangan kepada polis.

Wakil peguam, Faizal Abd Rahman dilaporkan berkata, pihaknya sentiasa memberi kerjasama dengan PDRM bagi membantu siasatan.

Pada Ahad, Razarudin meminta Abdul Wahab untuk tampil bagi membantu siasatan sekali gus menyelesaikan kes berkenaan dalam kadar segera.

Maklumat dan keterangan daripada Wahab amat penting bagi mengesahkan peranan Mr H dalam kes berkenaan.

Sebelum ini dalam satu sidang media, Abdul Wahab mendedahkan tindakan merakam perbualan antara dirinya dan Mohammad Agus didalangi seorang individu yang dikenali sebagai Mr H.

Jumaat lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, mengesahkan bahawa pihaknya sudah merakam percakapan tiga individu dalam kes berkenaan iaitu Mohammad Agus, individu yang dikatakan Mr H dan pekerja hotel di lokasi sidang media diadakan.

Mohd Shuhaily berkata siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajat kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat