Dewan Negara lulus RUU LHDN pindaan 2023

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023 (dengan pindaan di peringkat Jawatankuasa Majlis) dengan lebih suara bersetuju.

RUU yang bertujuan meminda Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 meliputi fasal satu hingga lima, sebelum ini dibentangkan untuk bacaan kali kedua, namun ditangguhkan bagi membolehkan Jawatankuasa Pilihan Khas meminda Fasal 2 seksyen 6 Akta 533 dalam pelantikan serta pemberhentian wakil dari Sabah dan Sarawak yang perlu dirujuk kepada Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menggulung perbahasan RUU berkenaan berkata, sewaktu beliau membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat sebelum ini, tiada perkataan berunding dengan Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak dalam perkara terbabit.

“Namun, dalam pembentangan di Dewan Rakyat, pihak daripada Sabah dan Sarawak ahli Parlimen telah mengemukakan pandangan supaya dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Kewangan dan Ekonomi yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Paya Besar.

“Saya telah membuat keputusan pada ketika itu supaya kita memberhentikan proses (menangguhkannya) supaya dapat dibentangkan semula selepas diperhalusi,” katanya pada sesi persidangan Dewan Negara itu.

Menjelaskan selanjutnya, Ahmad berkata, Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri juga telah mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Paya Besar dan memanggil beberapa Ahli Parlimen lain untuk membuat pindaan terhadap RUU itu.

“Dokumen itu telah dibawa semula ke Kabinet dan dibentangkan semula baru-baru ini. Ia diterima baik oleh Ahli Parlimen kerana kita menerima usul mereka supaya memasukkan perkataan berunding dengan Ketua Menteri Sabah dan Primier Sarawak,” katanya.

Persidangan Dewan Negara akan bersambung pada Selasa. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat