Menang 17 DUN Pahang, PN Cuma Ditawar Satu Kerusi Exco – Saifuddin

- Advertisement -

TIOMAN – Meskipun Perikatan Nasional (PN) menerima mandat terbesar daripada rakyat Pahang namun, hanya ditawarkan satu kerusi Exco sahaja.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sejak awal, PN sedia berunding untuk membentuk kerajaan Pahang tetapi bukan dengan Pakatan Harapan (PH) yang membawa agenda yang bertentangan dengan kepentingan rakyat.

“Parti yang menerima mandat terbesar daripada rakyat Pahang ialah PN. Itulah kehendak rakyat yang perlu dihormati.

“Tetapi BN pula menuntut jawatan Menteri Besar dan mahukan tujuh kerusi Exco dan hanya setuju berikan PN satu kerusi Exco sahaja walaupun mereka parti minoriti yang tiada mandat.

“Sifat tamak dan mahu mengenepikan mandat rakyat ini adalah sifat sebenar Umno-BN yang rakyat perlu sedar,” bidas Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau malah mempersoalkan tawaran PH kepada BN sehingga keputusan sedemikian tercapai.

“Saya tidak tahu apa gula-gula “pelincir” yang PH setuju tawarkan kepada BN.

“Saya harap tidak ada perkara menyeleweng yang ditawarkan demi kuasa dan jawatan,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini PN memenangi 17 kerusi DUN, manakala BN 16 kerusi, PH pula cuma 8 kerusi.

Satu lagi kerusi DUN Tioman sedang dipertandingkan.

Tetapi hasil kesepakatan BN dan PH bersetuju untuk membentuk kerajaan Negeri Pahang bersama sekali gus, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail diangkat sekali lagi sebagai Menteri Besar Pahang yang akan mengangkat sumpah pada Isnin, 28 November 2022 di Istana Abu Bakar, Pekan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat