Wan Rosdy Dilantik MB Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melantik Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar Pahang.

Menerusi kenyataan media Istana Pahang, Pemangku Raja Pahang juga memperkenankan pembentukan kerajaan negeri Pahang daripada parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

”Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menerima mengadap dan mendengar cadangan, usul serta hasrat pimpinan parti-parti yang terlibat susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 Negeri Pahang,

”Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang selanjutnya telah memperkenankan Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur daripada parti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan,

“Berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Kuasa Raja Pemerintah sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II, Perkara 3.(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang telah memperkenankan untuk melantik Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang,” umum Dato’ Hj Ahmad Khirrizal bin Ab. Rahman, Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang, pada Ahad.

Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Angkat Sumpah jawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan diadakan pada hari Isnin, 28 November 2022, jam 11.00 pagi di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Wan Rosdy mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai untuk penggal kelima, selepas menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Berdasarkan keputusan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Rosdy yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) memperoleh 10,092 undi untuk menang dengan majoriti 6,983 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Dr Abdul Rasid Mohamed yang mendapat 3,109 undi.

Calon Pakatan Harapan Ismail Mohd Hussin pula hilang deposit, apabila hanya memperoleh 1,464 undi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat