Malaysia tunggu ‘lampu hijau’ PBB sebelum hantar tentera ke Palestin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Malaysia mengambil pendirian tunggu dan lihat mengenai keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung penghantaran tentera pengaman ke Palestin.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata sebagai negara di bawah Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan anggota PBB, Malaysia tidak mahu mengambil tindakan secara bersendirian.

“Kita akan mempertimbangkan apa juga keputusan yang akan dibuat oleh PBB dan akan menilai sejauh mana komitmen yang akan diambil oleh kerajaan Malaysia terutamanya membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kita dah ada lebih 800 anggota tentera di Lubnan, kita ada juga beberapa pegawai yang masih bertugas di Somalia atau pun di negara-negara Afrika.

“Sebagai sebuah negara yang menyertai misi pengaman PBB, kita akan tunggu dan kita akan lihat apa keputusan PBB dan di situ nanti kita akan menilai sama ada keperluan Malaysia menyertai tentera pengaman ini,” lapor media, semalam.

Mohamad berkata, kerajaan juga tidak akan tergesa-gesa menghantar pasukan tentera ke Palestin.

Sebelum itu media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya Malaysia enggan menghantar pasukan tentera bagi membantu Palestin yang kini sedang berperang dengan Israel.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat