PN juga tolak debat calon Perdana Menteri, biar rakyat pilih

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) dilihat senada dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak cadangan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat terbuka calon Perdana Menteri daripada PH dan Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebaliknya menegaskan, adalah lebih baik menyerahkan kepada rakyat untuk memilih wakil supaya Perdana Menteri akan dilantik mampu mengurus ekonomi dan memastikan kestabilan negara.

“Kita kena faham negara kita unik. kita ada kaum, etnik ramai, jadi biarlah lakukan secara baik, tak hukum menghukum mana-mana dan timbul isu perkauman yang boleh merosakkan pemikiran rakyat jadi bukan secara debat.

“Rakyat akan memilih wakil rakyat di kawasan masing-masing yang bakal menjadi wakil dan mereka lah yang akan memilih siapa Perdana Menteri,” kata Hamzah.

Kelmarin, Perdana Menteri menolak cadangan Anwar dengan mengatakan “debat bukan budaya kita”.

Anwar sebelum itu berkata, perbahasan tersebut perlu memberi tumpuan kepada soal dasar, perancangan bukan berbentuk tuduhan serta dakwaan dan menerusinya rakyat boleh menilai tentang soal hala tuju dan masa depan negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat