Radzi Jidin bertanding di Putrajaya

- Advertisement -

CYBERJAYA: Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang diadakan 19 November ini.

Pengumuman Menteri Kanan Pendidikan itu sebagai calon Putrajaya dibuat Pengerusi PN yang juga Presiden Parti Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada program Jelajah Prihatin PN Parlimen Putrajaya, semalam.

Radzi pada PRU-14 bertanding di kerusi Parlimen Ketereh namun kalah kepada Tan Sri Annuar Musa dari UMNO. Dia kemudiannya dilantik sebagai senator pada 17 Julai 2018.

Pada PRU-14, Bendahari Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengekalkan kerusi Parlimen Putrajaya dengan majoriti 3,372 undi mengalahkan calon PAS, Zainal Abidin Kidam dan calon PKR Datuk Dr Samsu Adabi Mamat.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengumumkan slogan PN untuk PRU-15 iaitu ‘Prihatin, Bersih dan Stabil’ dengan laungan PN Best!.

“Ini tagline yang kita akan laungkan pada PRU-15 dan PN Best adalah harapan kita,” katanya, lapor Bernama.

PN dianggotai Parti Bersatu, PAS, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 19 November dengan penamaan calon pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat