Emosi Puteri Balqis hilang bersama Aedy Ashraf?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelakon remaja, Puteri Balqis, 15, menjadi sebutan ramai setelah gandingan mantap bersama aktor Aedy Ashraf menerusi telefilem ‘Dania’ bersiaran di TV3 mendapat pelbagai reaksi penonton.

Bukan itu sahaja, telefilem yang ditayangkan pada Ahad lalu turut trending di laman media sosial Twitter.

Penonton teruja melihat kolaborasi Puteri Balqis yang mesra disapa Aqish itu bersama lakonan hebat Aedy.

Bukan itu sahaja, gandingan Aqish dan Aedy hangat diperkatakan selepas wajah mereka dikatakan seperti adik-beradik seiras menjadikan telefilem tersebut sangat menyentuh perasaan penonton.

Terbaru, menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Aqish meluahkan rasa teruja apabila diberi kesempatan untuk berlakon bersama aktor drama Kisah Cinta Kita itu.

“Keserasian antara kita di kaca TV membuatkan saya rasa ‘kehilangan’, tidak dapat saya mencari abang lain seperti awak.

“Saya pinjam kata-kata awak. Anda juga ‘pelakon kegemaran Malaysia’,” tulisnya.

Sebelum ini, Aedy menerusi ruangan Twitter berkongsi foto bersama Aqish berserta kapsyen yang sama iaitu menggelar aktres berbakat besar ini sebagai pelakon wanita kegemaran ramai.

Sementara itu, Aqish turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menonton telefilem itu sehingga trending.

“Dania, saya memahami perasaan awak. Kepada anda semua, dari lubuk hati saya yang terluka dan paling dalam, terima kasih kerana menghargai lakonan kami,” katanya. -XTRA

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat