Azmin, PN terkial-kial cari isu – Puad

- Advertisement -

KLUANG – Perikatan Nasional (PN) didakwa gersang isu untuk dimainkan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi berkata, Pengarah Bilik Gerakan Utama (BGU) PN bagi PRK DUN Mahkota, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terkial-kial mencari isu.

“Coach Haizan adalah calon pilihan Azmin. Tinggal satu hari sahaja lagi baki untuk kempen. Hanya Azmin nampak bersungguh sungguh. Pas jelas menjauhkan diri

“Azmin terkial kial mencari isu. Mujur ada Chegu Bard pakar cerita palsu untuk spin isu peribadi calon dan UMNO kononnya diresapi komunis. Kali ini PN mati akal nak main isu ekonomi,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Puad yang juga Speaker DUN Johor membidas, ini kali pertama kempen PN tiada hala tuju.

“(Tan Sri) Annuar Musa jurucakap Pas memuji muji Kerajaan Johor.

“Kini PN hanya mengharap majoriti BN tidak melebihi majoriti lalu dan kalau boleh tidak melepasi angka 10,000,” ujar Puad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat