PKR lancar petisyen bantah PRU-15 semasa banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Peruntukan RM1 bilion yang bakal digunakan untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah lebih bermanfaat disalurkan membantu mangsa banjir.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menegaskan, isu pokok ialah semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk menghadapi banjir dan semua perkara yang boleh ditangguhkan atau dielakkan, wajarlah ditangguhkan dahulu.

Beliau juga melancarkan petisyen pungutan suara dan tandatangan tumpu banjir dengan tema ‘selamatkan nyawa bukan jawatan’ supaya PRU-15 tidak diadakan ketika musim banjir.

Menurut Rafizi, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat tekanan hebat dari Umno untuk mengadakan PRU-15 secepat mungkin.

“Jika Parlimen dibubarkan dalam masa sebulan dari sekarang, PRU-15 akan diadakan semasa musim banjir. Semua laporan kaji cuaca meramalkan bencana banjir yang lebih parah tahun ini.

“Belum pun musim tengkujuh sampai, kejadian banjir kilat terus berlaku di tempat-tempat yang sebelum ini tidak mengalami bencana banjir yang teruk.

“Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi mendabik dada bahawa Umno sanggup meredah banjir demi PRU-15 yang lebih awal,” katanya.

Pun begitu, Rafizi menegaskan, semua parti politik akan bersedia secukupnya apabila PRU-15 dipanggil.

“Isunya bukanlah soal parti-parti politik gah berkempen walaupun menghadapi banjir.

“PRU-15 semasa banjir bermakna lebih RM1 billion akan digunakan untuk menguruskan pilihan raya sedangkan dana rakyat itu lebih baik disalurkan kepada usaha menangani bencana.

“Ia juga bermakna beratus ribu penjawat awam perlu bertugas untuk mengendalikan pilihanraya sedangkan mereka wajar bersama-sama sukarelawan membantu mangsa banjir,” katanya.

Hal demikian menurut Rafizi lagi, hanya suara rakyat yang dapat menghantar isyarat yang jelas bahawa rakyat mahu ahli politik menumpukan perhatian menghadapi bencana banjir, bukannya mengejar jawatan-jawatan politik melalui pilihan raya.

“Bantu saya bawa suara anda kepada ahli-ahli politik.

“Tandatangan petisyen ini dan sebarkan kepada seramai mungkin melalui semua saluran. Saya hanyalah seorang rakyat. Dengan bantuan ratusan ribu suara rakyat yang lain, suara kita bersama akan didengari oleh ahli politik.

“Tandatangan petisyen di bit.ly/TumpuBanjir,” seru beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat