Adi Putra kini ikon Pemuda BN Selangor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Mat Kilau, Adi Putra dilantik menjadi ikon Pemuda BN Selangor.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, selain menjadi ikon, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim itu juga akan membantu jentera Pemuda BN negeri-negeri menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Hikmah meletopnya filem Mat Kilau banyak membuka mata anak-anak muda untuk menelaah sejarah tanah air dengan penuh penghayatan.

“Adi Putra juga telah diangkat menjadi ikon Pemuda BN Selangor. Insya-Allah beliau bersedia lapangkan masa untuk bantu jentera Pemuda BN di negeri-negeri menjelang PRU-15 nanti,” kata Asyraf di Facebooknya hari ini.

Selain itu, Asyraf juga memberitahu, Adi Putra tidak hadir ke pelancaran Jentera Pemuda BN baru-baru ini kerana berada di Tanah Suci.

Adi Putra, 41, adalah bintang teraju utama filem yang diinspirasi daripada kisah pahlawan Melayu berjuang menentang penjajahan British, Mat Kilau Imam Rasu atau Mohamed Ibrahim.

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berjaya meraih kutipan pecah panggung hampir RM100 juta dan ia mula ditayangkan di saluran Netflix sejak 16 September lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat